Untuk mengubah kehidupan melalui program-program masyarakat

Pertubuhan Kebajikan Oasis Harapan (OH), atau dikenali sebagai Oasis of Hope (OH) dalam bahasa Inggeris, merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 15 April 2021.

OH menghulurkan bantuan terutama kepada golongan miskin dan yang memerlukan di Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang sosial dengan matlamat untuk memberikan harapan, perubahan dan impak terhadap masyarakat.

Supply Donation
Focus Area

Fokus

  • Memberikan keperluan harian seperti makanan dan barangan runcit
  • Membekalkan keperluan asas dan infrastruktur seperti bekalan air bersih dan elektrik
  • Pembangunan masyarakat seperti memberikan anak-anak pokok getah dan pisang untuk ditanam supaya mendapatkan hasil bagi menampung hidup mereka
  • Membantu keperluan asas pendidikan dengan membekalkan buku sekolah, pakaian seragam, beg sekolah, kelas bimbingan, computer riba dan telefon bimbit
  • Bantuan daripada aspek kesihatan seperti mendapatkan susu untuk anak-anak & ibu hamil, pelitup muka Covid-19, peralatan kendiri Covid-19, pembersih tangan, vitamin atau suplemen kesihatan, rawatan daripada doktor pelawat dan sebagainya
  • Memberikan nasihat kewangan untuk membantu masyarakat mengendalikan aspek kewangan mereka dan memulakan perniagaan kecil-kecilan
  • Membantu masyarakat untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik

Kumpulan Sasaran Kami

Our Target Group

Keluarga B40: rakyat Malaysia yang miskin dan memerlukan

Orang Asli: penduduk asal Malaysia

Anak-anak yatim

Warga emas di rumah orang-orang tua

Ibu bapa tunggal

Orang Kurang Upaya (OKU)

Orang-orang pelarian dan pencari suaka

Testimoni Daripada Pemimpin Masyarakat